sila masuk jangan segan

Friday, 2 November 2012

Kolam Air Panas

aishhh....kembali aktif lagi...kali nk guna aku plk untuk entry ni dan akan dtg. bukan apa.rasa lebih dekat ngn jiwa ni.hehehe...

arini g mandi kolam air panas kat langat
bermacam-macam perasaan yang ada

1) teruja (walaupun hujan)
2) gembira ( bila dah sampai)
3) puas ( dapat mandi walau xleh brendam)

kemudahan kat citu agak selesa, tenang dan mendamaikan


nak cerita jugak ni, perjalanan nk g kolam air panas ni mengambil masa selama lebih kurang 40 minit dari UPM. aku ni memang suka mandi kolam air panas sejak diperkenalkan oleh seseorang kepada aku sejak beberapa tahun yang lalu. banyak perubahan yang dapat aku alami bila mandi air panas semulajadi ni seperti aku dah xsesak nafas, sakit kepala pun dah jarang dan sakit lenguh-lenguh badan pun dah kurang. kalau ikut fakta (cewah, macam pandai sangat. sekadar mna yang tahu je la ye) air daripada kolam air panas dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya. Sementara algae dari air kolam panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit. patutlah ramai yang cakap kulit muka aku licin macam kapas. ok, perasan kejap. walau apa pun, aku tetap suka mandi air panas semulajadi ni. mak aku pun suka sebab mak aku kata dah tak lenguh badan kalau mandi air panas semulajadi ni. kepada sesiapa yang belum rasa pergi mandi air panas ni, silakan lah pergi. korang mesti dapat rasa kelebihannya nanti.hehehe... kalau nak taw, aku punya gian nak mandi kolam air panas sampai g UPSI perak sebelum ni pun aku n kengkawan carik kolam air panas. tapi malang, kolam air panas yang kami pergi tu dah kering. sebab itu bila dah dapat tempat baru, aku rasa macam-macam perasaan.hihihi...ok lah. sekian saja dulu wat masa skg ni...nnt aku update kalau ada pape cerita yang aku rasa menarik ye...hihihi....


No comments:

Post a Comment