Bangun pagi-pagi terus teringat kat sorang pendidik ni.asal ingat je kat muka pendidik ni , mesti ingat kat kerja yang sengaja ditangguhkan...padahal karja tu sangat penting untuk disiapkan denga segera. kalau tak siap tak grad la saya nanti. oh ye, cerita tentang pendidik tersebut, orangnye kecil molek sahaja namun penuh dengan ketegasan dalam diri beliau. saya sebenarnya sangat mengagumi beliau walaupun sibuk dengan kerja namun masih sempat menyelia ramai pelajar di bawah seliaannya.kesabarannya dalam mendidik sebenarnya menyentuh hati saya. al-maklumla saya ni orangnya yang 'sangat nakal' dalam membuat tugasan.hihihi... sebenarnya dah banyak kali peluang yang diberikan oleh pendidik ni untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan namun atas kekhilafan diri ini semakin hari saya semakin terleka. sehingga la saya bangun pagi tadi baru saya tersedar yang saya telah tersasar jauh sebenarnya. dengan baki semangat yang lama ditambah dengan semangat yang baru (tengok MHI pagi ni ada kata-kata semangat dari ustaz Sukki untuk pelajar-pelajar SPM)saya berjanji untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. hari ni juga saya akan pergi ke tempat-tempat yang sepatutnya saya pergi. semoga ALlah mempermudahkan perjalanan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.aminn...
No comments:
Post a Comment