sila masuk jangan segan

Monday 17 February 2014

aku sayang suamiku...

salam.dah lama aku xtulis entry dalam blog ni...tiba-tiba terasa nak tulis plk.al kisahnya bermula apabila dugaan datang melanda terhadap suamiku.suami?ye,aku dah bersuami skg...12 januari 2014 adalah tarikh keramatnye...cukuplah sekadar tahu tentang status aku kini.yang aku nak ceritakan bukan soal status.itu mungkin dalam entry yang akan datang.yang aku nak ceritakan adalah mengenai dugaan yang melanda suamiku selepas pernikahan kami.dugaan yang datang ini dari segi pekerjaan.kalau dulu suamiku yang tersayang pernah bekerja di sebuah syarikat swasta.al-kisahnya masa keje swasta dulu,terlalu banyak kerja yang diberikan kepada suamiku.kadang-kadang kerja sampai lewat malam malah pernah tido di pejabat dek kerana nak menyiapkan tugasan yang diberikan.walaupun kerja yang diberikan terlalu banyak,akhirnya suamiku berjaya menyiapkannya walaupun dirinya dah bukan muka orang lagi.aku yang ketika itu masih lagi dalam status tunang kepadanya tidak faham akan situasi yang melanda dirinya.yang aku tahu bila tiba hujung minggu dia harus berjumpa denganku dek kerana kami bercinta jarak jauh...(jauh la sangat) serdang ngan seremban je pun...tapi aku merasakan bahawa inilah peluang untuk kami berjumpa dan melepaskan rindu dan melepaskan tekanan yang melanda diri masing-masing setelah kami berjauhan selama 4 tahun sebelum suamiku mula bekerja di seremban.dulu suamiku belajar di johor manakala aku di serdang.kalau cuti sem pun suamiku ketika itu teman lelakiku tidak pulang kerana ada latihan palapes dan keadaannya yang tidak mengizinkan dek kerana susah.(suamiku anak yatim piatu.hanya bergantung harap pada duit PTPTN dan hasil latihan palapes(itu pun dapat lambat)...ok...berbalik pada perjumpaan tiap minggu itu,kami akan pergi tengok wayang,jalan-jalan carik barang keperluan.namun yang pasti aku dapat lihat bahawa suamiku akan cuba seday upaya untuk bergembira sepuas hatinya walau pada hakikatnya ada garis luka dan lelah di riak mukanya.aku yang ketika itu masih lagi tidak faham akan keadaan dirinya selalu mekannya untuk memberi perhatian kepadaku. lalu pada suatu hari dia meluahkan bahawa dia sangat penat bekerja dan mahu berehat.ketika itu baru aku tersedar akan lelah yang dihadapinya selama ini...tekanan terlalu banyak kerja dan kerja yang tidak pernah abis serta tekanan dari bos selain tekanan gajinya yang kecil berbanding dengan kelayakan yang dia ada ketika itu...akhirnya aku menyuruh dia memohon kerja lain di tempat yang lain...alhamdulillahhh.....rezeki berpihak padanya....suamiku mendapat kerja di subang jaya.kerja kerajaan....aku bersyukur yang teramat2 ketika itu....kini suami semakin dekat dengan aku dan tiada masalah untuk kami berjumpa selalu.semasa bekerja di subang,suamiku tidak mendapat banyak tekanan.dia gembira bekerja di sana...malah yang dapat aku perhatikan adalah keceriaan di riak mukanya...keceriaan itu berlanjutan sehinggalah beliau menyatakan bahawa ada jawatan kosong dengan 'post' yang sama di Port Dickson...aku menyuruh beliau memohon jawatan tersebut kerana aku berfikir bahawa Port Dickson itu agk dekat untuk kami pulang ke kampung nanti setelah berkahwin.lagipun dekat dengan temapt aku mengajar tuisyen selain dekat dengan abang-abangku...kalau ada pape masalah boleh lah aku mintak tolong kat diorang....rezeki akhirnya memihak kepadanya sekali lagi...aku tersangat gembira ketika itu namun satu kenyataan yang mengejutkan aku adalah suamiku terasa berat hati untuk meninggalkan tempat kerja lamanya untuk pergi ketempat kerja baru...(akan bersambung)

Thursday 19 September 2013

fuhhh fuhhh fuhhhh....ha, dah bersih pun habuk blog ni.dah 2 kurun aku xupdate blog aku ni.aku pun xtahu napa aku xusik blog ni.susah sangat nak buat ayat kot.huhuhu....ok alasan semata! sebenarnya aku ni malas. xtaw kenapa sejak kebelakangan ni aku punya la malas.sampai semua benda aku xnak buat termasuklah benda yang penting iaitu tesis!!!arrrrggghhhhh!!!!!!!!kalau citer sal tesis mesti sakit ati...aku dah mula rasa semangat bila aku dapat siapkan haritu tapi bila tunjuk kat penyelia dia boleh cakap dapatan awak salahhhhh!!!!!!!!!!!eeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!itulah perasaan aku ketika itu....saja nak tunjuk geram padahal salah diri sendiri....ni skg dah melekat balik sikap malas tu semula.malas nak buat ayat, malas nak belek bahan, malas nak buat jadual...semua malas!!!aku pun xtaw apa nak jadi ngan aku ni...kalau malas berterusan cmni,mesti aku kecundang!!!ha!!!!tidakkkk!!!aku xmau kecundang!!!Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku untuk meneruskan penulisan tesisku semula.buang semua sikap malas!!!!semoga jadi lebih rajin lepas ni...hehehe...ok,,,tu je...boringkan entry ini....aku pun boring.xtaw nak update apa sebenarnya.ok bye!

Friday 7 December 2012

ulang tahun kelahiran...

ulang tahun kelahiran kali ini kembali mengingatkan aku kepada arwah nendaku yang tercinta...peristiwa gembira yang bertukar kepada sedih tidak dapat digambarkan tatkala kejadian berlaku 14 tahun dahulu....semoga rohnya dicucuri rahmat....oh ya, sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke 25 tahun ini, aku ingin memohon maaf kepada semua kenalan aku di atas keterlanjuran berbicara dan salah tindakan sepanjang perkenalan kita...ini sekadar mengingatkan aku kepada kematian...semakin bertambah usiaku, semakin dekat aku dengan hari kematianku...semoga aku berada "lebih dekat" dengan-Mu Ya Allah...

Terima Kasih...

Terima kasih kepada idolaku yang banyak memberi semangat dan inspirasi dalam hidupku....
pertama kali aku rasa dihargai apabila idolaku tidak meletakkan jurang perbezaan dalam hidup kami sedangkan perbezaan itu sangat ketara untuk diperlihatkan...terima kasih kepada idola yang menganggap aku sebagai 'rakan' sedang sebenarnya aku masih tidak dan tidak akan pernah layak untuk menjadi rakan beliau....perasaan sangat terharu....

Wednesday 7 November 2012

perjalanan

tiba disatu tempat aku mula berjalan dalam kegelapan
kemudian aku berlari,
kemudian berjalan kembali setelah kelelahan
berlari semula 


berjalan



berlari
berjalan


berlari

berjalan berjalan
berlari berjalan

berjalan...berlari.....berlari....merangkak...


akhirnya aku tersungkur

cahaya bintang lalu aku liriki
inilah permulaan kepada suatu kembara jalanan

Friday 2 November 2012

Muhammad Amir Ariff

Haluuuuu....aku kembali lagi...pagi ni rasa teruja sangat2. bangun pagi2 kemas bilik pastu aku pun terus ke meja untuk mencari komputer riba aku yang dah lama bertahan dengan aku.hihihi...komputer ni dah bertahan dengan aku sejak aku tahun pertama di peringkat ijazah lagi taw....sehingga sekarang ni mampu bertahan dengan baik dan tak meragam....tapi tu bukan cerita aku yang membuatkan aku rasa teruja sangat2..yang aku nak cerita sekarang ni adalah bila aku bukak je 'fb' atau dalam bahasa Melayu laman muka buku, aku tengok ada masej kat inbox. bila aku buka masej tu, tengok2 anak murid aku yang anta. aku pun baca satu persatu...bila mana akhirnya aku berasa sangat gembira apabila anak murid aku ni bagitahu yang untuk pertama kalinya dia mendapat "A" dalam subjek bahasa Melayu. siap bagi detail lagi markah dia berapa untuk setiap bahagian yang perlu dijawab.rasa bangga tiba2 menyelubungi diri ini tatkala anak murid ini membawa khabar yang gembira. sebenarnya anak murid aku ni adalah bekas anak murid semasa aku mengajar di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam,Melaka satu masa dulu. dia merupakan ketua pelajar bagi kelas 1KA1 dan agak nakal orangnye. aku sendiri pernah mendenda dia kerana "kenakalannya" dalam membuat kerja sekolah. biasala, aku pun dulu camtu jugak...suka meniru dan ditiru.hihihi....ni merupakan kejayaan yang membanggakan bagi aku kerana pernah mendidik dia suatu masa dahulu. sebenarnya anak murid ni selalu masej kat aku sebab nak bagitahu perkembangan dia. sebab tu aku rasa teruja sangat2 sebab dia dah menunjukkan perkembangan yang positif. kepada anak murid yang bernama MUHAMMAD AMIR ARIFF, teruskan usaha semoga berjaya dunia akhirat. cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan rakan2. tiba2 mood jadi sebak nih....apa pun, tanpa usaha kita pasti tidak akan berjaya....mana ada kejayaan datang bergolek kan...

Kolam Air Panas

aishhh....kembali aktif lagi...kali nk guna aku plk untuk entry ni dan akan dtg. bukan apa.rasa lebih dekat ngn jiwa ni.hehehe...

arini g mandi kolam air panas kat langat
bermacam-macam perasaan yang ada

1) teruja (walaupun hujan)
2) gembira ( bila dah sampai)
3) puas ( dapat mandi walau xleh brendam)

kemudahan kat citu agak selesa, tenang dan mendamaikan


nak cerita jugak ni, perjalanan nk g kolam air panas ni mengambil masa selama lebih kurang 40 minit dari UPM. aku ni memang suka mandi kolam air panas sejak diperkenalkan oleh seseorang kepada aku sejak beberapa tahun yang lalu. banyak perubahan yang dapat aku alami bila mandi air panas semulajadi ni seperti aku dah xsesak nafas, sakit kepala pun dah jarang dan sakit lenguh-lenguh badan pun dah kurang. kalau ikut fakta (cewah, macam pandai sangat. sekadar mna yang tahu je la ye) air daripada kolam air panas dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya. Sementara algae dari air kolam panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit. patutlah ramai yang cakap kulit muka aku licin macam kapas. ok, perasan kejap. walau apa pun, aku tetap suka mandi air panas semulajadi ni. mak aku pun suka sebab mak aku kata dah tak lenguh badan kalau mandi air panas semulajadi ni. kepada sesiapa yang belum rasa pergi mandi air panas ni, silakan lah pergi. korang mesti dapat rasa kelebihannya nanti.hehehe... kalau nak taw, aku punya gian nak mandi kolam air panas sampai g UPSI perak sebelum ni pun aku n kengkawan carik kolam air panas. tapi malang, kolam air panas yang kami pergi tu dah kering. sebab itu bila dah dapat tempat baru, aku rasa macam-macam perasaan.hihihi...ok lah. sekian saja dulu wat masa skg ni...nnt aku update kalau ada pape cerita yang aku rasa menarik ye...hihihi....