Muhammad Amir Ariff
Haluuuuu....aku kembali lagi...pagi ni rasa teruja sangat2. bangun pagi2 kemas bilik pastu aku pun terus ke meja untuk mencari komputer riba aku yang dah lama bertahan dengan aku.hihihi...komputer ni dah bertahan dengan aku sejak aku tahun pertama di peringkat ijazah lagi taw....sehingga sekarang ni mampu bertahan dengan baik dan tak meragam....tapi tu bukan cerita aku yang membuatkan aku rasa teruja sangat2..yang aku nak cerita sekarang ni adalah bila aku bukak je 'fb' atau dalam bahasa Melayu laman muka buku, aku tengok ada masej kat inbox. bila aku buka masej tu, tengok2 anak murid aku yang anta. aku pun baca satu persatu...bila mana akhirnya aku berasa sangat gembira apabila anak murid aku ni bagitahu yang untuk pertama kalinya dia mendapat "A" dalam subjek bahasa Melayu. siap bagi detail lagi markah dia berapa untuk setiap bahagian yang perlu dijawab.rasa bangga tiba2 menyelubungi diri ini tatkala anak murid ini membawa khabar yang gembira. sebenarnya anak murid aku ni adalah bekas anak murid semasa aku mengajar di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam,Melaka satu masa dulu. dia merupakan ketua pelajar bagi kelas 1KA1 dan agak nakal orangnye. aku sendiri pernah mendenda dia kerana "kenakalannya" dalam membuat kerja sekolah. biasala, aku pun dulu camtu jugak...suka meniru dan ditiru.hihihi....ni merupakan kejayaan yang membanggakan bagi aku kerana pernah mendidik dia suatu masa dahulu. sebenarnya anak murid ni selalu masej kat aku sebab nak bagitahu perkembangan dia. sebab tu aku rasa teruja sangat2 sebab dia dah menunjukkan perkembangan yang positif. kepada anak murid yang bernama MUHAMMAD AMIR ARIFF, teruskan usaha semoga berjaya dunia akhirat. cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan rakan2. tiba2 mood jadi sebak nih....apa pun, tanpa usaha kita pasti tidak akan berjaya....mana ada kejayaan datang bergolek kan...
No comments:
Post a Comment