sila masuk jangan segan

Monday, 17 February 2014

aku sayang suamiku...

salam.dah lama aku xtulis entry dalam blog ni...tiba-tiba terasa nak tulis plk.al kisahnya bermula apabila dugaan datang melanda terhadap suamiku.suami?ye,aku dah bersuami skg...12 januari 2014 adalah tarikh keramatnye...cukuplah sekadar tahu tentang status aku kini.yang aku nak ceritakan bukan soal status.itu mungkin dalam entry yang akan datang.yang aku nak ceritakan adalah mengenai dugaan yang melanda suamiku selepas pernikahan kami.dugaan yang datang ini dari segi pekerjaan.kalau dulu suamiku yang tersayang pernah bekerja di sebuah syarikat swasta.al-kisahnya masa keje swasta dulu,terlalu banyak kerja yang diberikan kepada suamiku.kadang-kadang kerja sampai lewat malam malah pernah tido di pejabat dek kerana nak menyiapkan tugasan yang diberikan.walaupun kerja yang diberikan terlalu banyak,akhirnya suamiku berjaya menyiapkannya walaupun dirinya dah bukan muka orang lagi.aku yang ketika itu masih lagi dalam status tunang kepadanya tidak faham akan situasi yang melanda dirinya.yang aku tahu bila tiba hujung minggu dia harus berjumpa denganku dek kerana kami bercinta jarak jauh...(jauh la sangat) serdang ngan seremban je pun...tapi aku merasakan bahawa inilah peluang untuk kami berjumpa dan melepaskan rindu dan melepaskan tekanan yang melanda diri masing-masing setelah kami berjauhan selama 4 tahun sebelum suamiku mula bekerja di seremban.dulu suamiku belajar di johor manakala aku di serdang.kalau cuti sem pun suamiku ketika itu teman lelakiku tidak pulang kerana ada latihan palapes dan keadaannya yang tidak mengizinkan dek kerana susah.(suamiku anak yatim piatu.hanya bergantung harap pada duit PTPTN dan hasil latihan palapes(itu pun dapat lambat)...ok...berbalik pada perjumpaan tiap minggu itu,kami akan pergi tengok wayang,jalan-jalan carik barang keperluan.namun yang pasti aku dapat lihat bahawa suamiku akan cuba seday upaya untuk bergembira sepuas hatinya walau pada hakikatnya ada garis luka dan lelah di riak mukanya.aku yang ketika itu masih lagi tidak faham akan keadaan dirinya selalu mekannya untuk memberi perhatian kepadaku. lalu pada suatu hari dia meluahkan bahawa dia sangat penat bekerja dan mahu berehat.ketika itu baru aku tersedar akan lelah yang dihadapinya selama ini...tekanan terlalu banyak kerja dan kerja yang tidak pernah abis serta tekanan dari bos selain tekanan gajinya yang kecil berbanding dengan kelayakan yang dia ada ketika itu...akhirnya aku menyuruh dia memohon kerja lain di tempat yang lain...alhamdulillahhh.....rezeki berpihak padanya....suamiku mendapat kerja di subang jaya.kerja kerajaan....aku bersyukur yang teramat2 ketika itu....kini suami semakin dekat dengan aku dan tiada masalah untuk kami berjumpa selalu.semasa bekerja di subang,suamiku tidak mendapat banyak tekanan.dia gembira bekerja di sana...malah yang dapat aku perhatikan adalah keceriaan di riak mukanya...keceriaan itu berlanjutan sehinggalah beliau menyatakan bahawa ada jawatan kosong dengan 'post' yang sama di Port Dickson...aku menyuruh beliau memohon jawatan tersebut kerana aku berfikir bahawa Port Dickson itu agk dekat untuk kami pulang ke kampung nanti setelah berkahwin.lagipun dekat dengan temapt aku mengajar tuisyen selain dekat dengan abang-abangku...kalau ada pape masalah boleh lah aku mintak tolong kat diorang....rezeki akhirnya memihak kepadanya sekali lagi...aku tersangat gembira ketika itu namun satu kenyataan yang mengejutkan aku adalah suamiku terasa berat hati untuk meninggalkan tempat kerja lamanya untuk pergi ketempat kerja baru...(akan bersambung)

No comments:

Post a Comment