sila masuk jangan segan

Wednesday, 7 November 2012

perjalanan

tiba disatu tempat aku mula berjalan dalam kegelapan
kemudian aku berlari,
kemudian berjalan kembali setelah kelelahan
berlari semula 


berjalan



berlari
berjalan


berlari

berjalan berjalan
berlari berjalan

berjalan...berlari.....berlari....merangkak...


akhirnya aku tersungkur

cahaya bintang lalu aku liriki
inilah permulaan kepada suatu kembara jalanan

Friday, 2 November 2012

Muhammad Amir Ariff

Haluuuuu....aku kembali lagi...pagi ni rasa teruja sangat2. bangun pagi2 kemas bilik pastu aku pun terus ke meja untuk mencari komputer riba aku yang dah lama bertahan dengan aku.hihihi...komputer ni dah bertahan dengan aku sejak aku tahun pertama di peringkat ijazah lagi taw....sehingga sekarang ni mampu bertahan dengan baik dan tak meragam....tapi tu bukan cerita aku yang membuatkan aku rasa teruja sangat2..yang aku nak cerita sekarang ni adalah bila aku bukak je 'fb' atau dalam bahasa Melayu laman muka buku, aku tengok ada masej kat inbox. bila aku buka masej tu, tengok2 anak murid aku yang anta. aku pun baca satu persatu...bila mana akhirnya aku berasa sangat gembira apabila anak murid aku ni bagitahu yang untuk pertama kalinya dia mendapat "A" dalam subjek bahasa Melayu. siap bagi detail lagi markah dia berapa untuk setiap bahagian yang perlu dijawab.rasa bangga tiba2 menyelubungi diri ini tatkala anak murid ini membawa khabar yang gembira. sebenarnya anak murid aku ni adalah bekas anak murid semasa aku mengajar di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam,Melaka satu masa dulu. dia merupakan ketua pelajar bagi kelas 1KA1 dan agak nakal orangnye. aku sendiri pernah mendenda dia kerana "kenakalannya" dalam membuat kerja sekolah. biasala, aku pun dulu camtu jugak...suka meniru dan ditiru.hihihi....ni merupakan kejayaan yang membanggakan bagi aku kerana pernah mendidik dia suatu masa dahulu. sebenarnya anak murid ni selalu masej kat aku sebab nak bagitahu perkembangan dia. sebab tu aku rasa teruja sangat2 sebab dia dah menunjukkan perkembangan yang positif. kepada anak murid yang bernama MUHAMMAD AMIR ARIFF, teruskan usaha semoga berjaya dunia akhirat. cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan rakan2. tiba2 mood jadi sebak nih....apa pun, tanpa usaha kita pasti tidak akan berjaya....mana ada kejayaan datang bergolek kan...

Kolam Air Panas

aishhh....kembali aktif lagi...kali nk guna aku plk untuk entry ni dan akan dtg. bukan apa.rasa lebih dekat ngn jiwa ni.hehehe...

arini g mandi kolam air panas kat langat
bermacam-macam perasaan yang ada

1) teruja (walaupun hujan)
2) gembira ( bila dah sampai)
3) puas ( dapat mandi walau xleh brendam)

kemudahan kat citu agak selesa, tenang dan mendamaikan


nak cerita jugak ni, perjalanan nk g kolam air panas ni mengambil masa selama lebih kurang 40 minit dari UPM. aku ni memang suka mandi kolam air panas sejak diperkenalkan oleh seseorang kepada aku sejak beberapa tahun yang lalu. banyak perubahan yang dapat aku alami bila mandi air panas semulajadi ni seperti aku dah xsesak nafas, sakit kepala pun dah jarang dan sakit lenguh-lenguh badan pun dah kurang. kalau ikut fakta (cewah, macam pandai sangat. sekadar mna yang tahu je la ye) air daripada kolam air panas dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya. Sementara algae dari air kolam panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit. patutlah ramai yang cakap kulit muka aku licin macam kapas. ok, perasan kejap. walau apa pun, aku tetap suka mandi air panas semulajadi ni. mak aku pun suka sebab mak aku kata dah tak lenguh badan kalau mandi air panas semulajadi ni. kepada sesiapa yang belum rasa pergi mandi air panas ni, silakan lah pergi. korang mesti dapat rasa kelebihannya nanti.hehehe... kalau nak taw, aku punya gian nak mandi kolam air panas sampai g UPSI perak sebelum ni pun aku n kengkawan carik kolam air panas. tapi malang, kolam air panas yang kami pergi tu dah kering. sebab itu bila dah dapat tempat baru, aku rasa macam-macam perasaan.hihihi...ok lah. sekian saja dulu wat masa skg ni...nnt aku update kalau ada pape cerita yang aku rasa menarik ye...hihihi....


Thursday, 1 November 2012

Tugasan

Bangun pagi-pagi terus teringat kat sorang pendidik ni.asal ingat je kat muka pendidik ni , mesti ingat kat kerja yang sengaja ditangguhkan...padahal karja tu sangat penting untuk disiapkan denga segera. kalau tak siap tak grad la saya nanti. oh ye, cerita tentang pendidik tersebut, orangnye kecil molek sahaja namun penuh dengan ketegasan dalam diri beliau. saya sebenarnya sangat mengagumi beliau walaupun sibuk dengan kerja namun masih sempat menyelia ramai pelajar di bawah seliaannya.kesabarannya dalam mendidik sebenarnya menyentuh hati saya. al-maklumla saya ni orangnya yang 'sangat nakal' dalam membuat tugasan.hihihi... sebenarnya dah banyak kali peluang yang diberikan oleh pendidik ni untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan namun atas kekhilafan diri ini semakin hari saya semakin terleka. sehingga la saya bangun pagi tadi baru saya tersedar yang saya telah tersasar jauh sebenarnya. dengan baki semangat yang lama ditambah dengan semangat yang baru (tengok MHI pagi ni ada kata-kata semangat dari ustaz Sukki untuk pelajar-pelajar SPM)saya berjanji untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. hari ni juga saya akan pergi ke tempat-tempat yang sepatutnya saya pergi. semoga ALlah mempermudahkan perjalanan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.aminn...

jatuh

hati tengah berkobar-kobar nak post sesuatu.al-maklum la, baru kembali kan...ni saya ada cerita cikit. pengalaman saya terjatuh. dua hari yang lepas saya telah terjatuh di satu tempat yang sengaja dirahsiakan. saya pun tak tahu kenapa sejak kecil saya memang selalu tersungkur dengan tidak semena-mena. ada sahabat beritahu yang saya ini lemah lutut. saya dah cuba untuk berjalan dengan berhati-hati, namun tetap tersungkur juga. sakit taw bila kita tersungkur. pasti akan ada luka dan berdarah. nak tunggu sembuh lambat la plak.jadi hari-hari saya akan sapu ubat.nak bagi cepat sembuh.luka yang saya alami walau nampak kecil tapi sebenarnya sangat pedih untuk saya tanggung.lukanya itu telah mengoyakkan kulit lutut saya. bila di sapu dengan ubat berasa sangat pedih ibarat kaki dibakar umpama bakar satay. walaupun dah sapu ubat, darah masih lagi mengalir dengan laju.sementara nak tunggu luka tersebut kering, saya nampak ada ketulan daging di sebalik luka itu.pedihnya hanya saya yang tahu. bila berjalan luka tersebut terkena kain, bertambah pedih la plk.ya Allah..tapi apa yang saya nak bagitaw skg ni adalah, sinonim dengan kehidupan kita juga yang pasti ada jatuh bangunnya. sepanjang saya berada di bangku pengajian ni, banyak perkara yang membawa kepada jatuh bangun kehidupan saya dalam meneruskan pengajian. saya pernah dimarah, malah yang lebih pedih dimalukan dalam satu kelompok kerana kesalahan yang saya lakukan juga. namun saya anggap itu sebagai satu permulaan dalam menyiapkan thesis dan ambil ia sebagai pengajaran. pesanan kepada sesiapa yang mebaca entry ini, berhati-hati dalam setiap langkah dan jangan mudah putus asa.hihihi...2 je....